
Sebenarnya tiadalah rahsia yg sebenar-benar rahsia hendak disampaikan. Ia ku katakan rahsia kerana hanya dari ini mengetahuinya. Nampak berlainan dengan apa yang tertulis dan menjadi amalan orang lain sebagai contoh apa yang di ajari oleh pengasas Darusyifa'. Datuk Dr Haron Din.
Ini insyaallah akan menjadi tambahan bagi pembaca yang tercari-cari ilmu yang hak dan sahih dari kitab dan hadis. Harapan saya janganlah mudah percaya apa yang di dakwa dan di ada-adakan di luar sana. Banyak cabang dan kecelaruannya dan kita ini hidup tidak lama dan mudah-mudahan rezki dan amalan kita saling tambah menambah sesama kita tanpa ada rasa dengki sebesar hama pun di dalam hati.
Dari Hadis menyebut: " Sebaik-baik kamu adalah yang membaca Quran dan yang mengajarkannya "
Saya mulakan dengan IZIN: Menurut keutamaan dan amalan saya sehari-hari insyaallah.
____________________________________________________________________
Surah Al-Fatihah. Semestinya kerna ia adalah Ummul
kitab kata ALLAH.
Dengan petikan pendeknya bersama maksud. Bagi yang masih belum pandai membaca Quran maka saya perturunkan bacaan ejaan rumi.
" Alyauma akmal tu lakum di nukum, wa ats'mam tu alaikum, nikmati wa rodhiitulakumul Islam madina." Sekian dengan maksudnya:
{Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. }

No comments:
Post a Comment